Sekolah Kebangsaan Seri Idaman
Ahad, 20 Oktober 2013
Sejarah. Sekolah Kebangsaan
Seri Idaman, Batu Pahat merupakan sebuah sekolah
yang terletak di Kampung Baru, Mukim
VII, Parit Yaani,
Yong Peng. Jarak sekolah ini dengan bandar Batu Pahat kira kira 20
kilometer melalui pekan Parit Yaani.
Mengapakah dinamakan Seri Idaman? Menurut Tn. Hj. Omar Bin Hj.
Ahmad, nama Idaman diberi kerana
pada masa
dahulu masyarakat kampung begitu
mengidam-idamkan sebuah sekolah.
Sebelum sekolah ini wujud, murid-murid bersekolah di Sekolah Kebangsaan
Seri Bengkal. Justeru itu, apabila
sekolah ini
disiapkan, penduduk kampung bersepakat menamakannya “Sekolah Kebangsaan Seri Idaman”.
PENGASAS SEKOLAH
Tuan Haji Omar Bin Ahmad (Allahyarham) berasal dari Kampung Parit Bengkok Bagan, Batu Pahat, Johor. Beliau telah berpindah ke Kampung Baru pada tahun 1922 kerana mengikut keluarganya. Tuan Haji Omar telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal, Batu Pahat. Semasa berumur 20 tahun, beliau telah belajar di Mekah selama 3 tahun secara persendirian. Selepas itu beliau pulang ke kampung dan mendirikan rumahtangga. Beliau juga menjadi imam di Masjid Kampung Baru.
Kedudukan rumah Tuan Haji Omar tidak jauh dari sekolah. Beliau adalah pengasas Sekolah Kebangsaan Seri Idaman. Sebelum sekolah ini dibina penduduk Kampung Baru telah bermesyuarat dengan Ketua Kampung bagi membincangkan pembinaan sebuah sekolah di kampung ini. Antara Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam mesyuarat ini ialah :
Tuan Haji
Omar Bin Haji Ahmad
Encik Zaid Bin Haji Yusof
En. Rahmat
Bin Yusuf
Encik Jeffri Bin Haji Abd. Manap
Encik
Ibrahim Bin Paiman
En. Yusuf dan En. Saip
SEJARAH LOKASI
Sekolah Kebangsaan Seri Idaman ini telah dibina di atas sekeping tanah seluas lebih kurang 2 ekar yang dihadiahkan oleh Tuan Haji Omar Bin Haji Ahmad. Sekolah ini dibina dengan menggunakan kayu yang telah diberi oleh kerajaan, sementara kayu tutup tiang sebahagiannya telah diberi oleh penduduk kampung.
Langgan:
Catatan (Atom)