Ahad, 20 Oktober 2013

Jungle Tracking Hutan Lipur Sungai Bantang 2010


Memori Hari Guru 2010



Sejarah. Sekolah Kebangsaan Seri Idaman, Batu Pahat merupakan sebuah sekolah yang terletak di Kampung Baru, Mukim VII, Parit Yaani, Yong Peng. Jarak sekolah ini dengan bandar Batu Pahat kira kira 20 kilometer melalui pekan Parit Yaani.


Mengapakah dinamakan Seri Idaman?       Menurut Tn. Hj. Omar Bin Hj. Ahmad, nama Idaman diberi  kerana  pada  masa  dahulu  masyarakat kampung  begitu  mengidam-idamkan  sebuah sekolahSebelum sekolah ini wujud, murid-murid bersekolah  di Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal. Justeru ituapabila  sekolah  ini  disiapkan, penduduk kampung bersepakat menamakannya       Sekolah Kebangsaan Seri Idaman”.

 
PENGASAS SEKOLAH
Tuan Haji Omar Bin Ahmad (Allahyarham) berasal dari Kampung Parit Bengkok Bagan, Batu Pahat, Johor. Beliau telah berpindah ke Kampung Baru pada tahun 1922 kerana mengikut keluarganya. Tuan Haji Omar telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal, Batu Pahat. Semasa berumur 20 tahun, beliau telah belajar di Mekah selama 3 tahun secara persendirian. Selepas itu beliau pulang ke kampung dan mendirikan rumahtangga. Beliau juga menjadi imam di Masjid Kampung Baru.

Kedudukan rumah Tuan Haji Omar tidak jauh dari sekolah. Beliau adalah pengasas Sekolah Kebangsaan Seri Idaman. Sebelum sekolah ini dibina penduduk Kampung Baru telah bermesyuarat dengan Ketua Kampung bagi membincangkan pembinaan sebuah sekolah di kampung ini. Antara Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam mesyuarat ini ialah :
           Tuan Haji Omar Bin Haji Ahmad
           Encik Zaid Bin Haji Yusof
           En. Rahmat Bin Yusuf
           Encik Jeffri Bin Haji Abd. Manap
           Encik Ibrahim Bin Paiman
           En. Yusuf dan En. Saip
 
SEJARAH LOKASI
Sekolah Kebangsaan Seri Idaman ini telah dibina di atas sekeping tanah seluas lebih kurang 2 ekar yang dihadiahkan oleh Tuan Haji Omar Bin Haji Ahmad. Sekolah ini dibina dengan menggunakan kayu yang telah diberi oleh kerajaan, sementara kayu tutup tiang sebahagiannya telah diberi oleh penduduk kampung.